Biodata Diri

Akulah seorang biduan,

Yang melagukan hasrat hati,

Bersama desiran sang cengkerik dan alunan ombak,

Menyapa sepi dan dingin,

Sapaan bayu malam nan gelita.


Akulah seorang biduan,

Nyanyian tanpa irama,

Hanya kata-kata berungkap doa,

Dapat aku ucapkan pada Mu,

Memohon sejuta rahmat dan keampuan,

Atas keterlanjuran menodai batasan perintahMu.


Akulah seorang biduan,

Sepi ku terasing sendiri,

Hanya airmata teman di malam hari,

Merintih dan merayu simpati,

Gementar menunggu mati.


Biduan itu adalah aku,

Saat ini dan selamanya akan terus berlagu,

Bersama warkah kepiluan nurani,

Lagu Taubat seorang biduan,

Yang penuh calar dan dosa.


Akulah seorang biduan,

Aku jua pengemis hina,

Pengemis cinta dan redha,

Hinanya aku kerana dosa,

Dosa yang menghijab diriku dari zat Mu,


Bisakah rintihan ini ku lagukan lagi,

Pada malam yang semakin dingin,

Moga esok sinaran mentari mengubat lara ini,

Agar terus meniti laluan hidup berduri,

Pada dunia yang semakin tiada erti,


Kerana aku biduan itu,

Malam dan siang ayik aku lagukan,

Hasrat hati dan jiwa,

Musnahkan khayalan benihkan impian,

Agar Penantian ini berakhir,

Bersemi cinta ku pimpinan Mu Ya Rabbi.


aku

Dunia menghidangkan bingkisan-bingkisan mimpi yang dilayarkan semula nanti di Hari Perhintungan kelak. Beruntunglah barang siapa yang tidak terus lena diulit mimpi dan segera bangkit menyahut perjuangan dakwah daripada TuhanNya

Mencari untuk mengerti agar bisa berdiri untuk terus memberi

Hidup sebagai hamba Ilahi dan Khalifah mengimarahkan bumi

Hiduplah dengan belajar kerana belajar untuk hidup


© BAITULIZZAH.WORDPRESS.COM (2008 – sekarang)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di BaIT Al-IzZaH.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan, sekadar pendapat peribadi dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat BaIT Al-IzZaH.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin BaIT Al-IzZaH.com terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan/kome/kritikan bolehlah email di alamat izzu_87@yahoo.com

AkuD@if @ baitulizzah.wordpress.com
23000 Dungun, Terengganu

Advertisements

Responses

  1. great blog. but why baitulizzah?
    just wondering.

  2. just a name, but more significantly for me…..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: