Posted by: aKuD@iF | 20 September 2009

Salam AidilFitri

kad-raya

Di kesempatan yang berbaki usia ini, hamba meminta maaf sebanyak-banyaknya kepada semua yang mengenali dan juga seluruh umat manusia atas keterlanjuran bicara dan perbuatan serta kadang-kadang khilaf dalam memperihal sesuatu.

Semoga kehadiran aidilfitri ini memberi seribu erti kepada kita semua selepas konvokesyen universiti Ramadhan pada tahap usia kita. Semakin lanjutnya usia, semakin matang kita dalam ibadah dan sahsiah, hasil didikan Ramadhan. Moga-moga musim Ramadhan akan datang, masih sempat untuk kita selusurinya.

Harapan bersama, status hamba Ramadhan kita akan berterusan sepanjang tahun dengan menaiktaraf pada Ramadhan akan datang. Khuatir, selepas sahaja Ramadhan berlalu, kita masih dibelenggu kejahilan dan keegoaan kita pada Allah dan Islam dengan rela menjadi hamba nafsu, hiburan dan bermacam lagi perkara lagha yang lain.

Akhir kalam, sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh rasa tawadhuk, kesederhanaan dan penuh dengan jiwa kehambaan kepada Allah. Selitkan kegembiraan Aidilfitri dengan kesayuaan jiwa (dalam konteks muhasabah diri) agar kita masih tepaut pada dahan-dahan syukur dan sabar.

Salam Aidilfitri buat semua. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar !

1 Syawal 1430H

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: