Posted by: aKuD@iF | 6 September 2009

Universiti Sahsiah Mukmin

Penghujung bulan Ogos merupakan bulan yang dinanti-nantikan oleh graduan-graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Pada bulan inilah mereka diraikan oleh ahli keluarga dan seluruh warga universiti pada hari yang sangat berprestij, hari konvokesyen. Ibu bapa merupakan insan yang paling gembira melihat kejayaan anak-anak mereka.


usm


Segulung ijazah digenggam erat. Detik tersebut akan dicatatkan dan direkodkan sebagai detik terindah dalam hidup mereka. Hari yang dinanti-nantikan sepanjang pengajian mereka selama tiga hingga empat tahun di universiti tersebut.


Graduate


Itu kisah graduan yang diraikan. Apakah kaitannya dengan bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang?

Analoginya mudah. Universiti kita sekarang adalah bulan Ramadhan. Berminggu-minggu sebelum masuk ke ‘universiti’, kita seharusnya membuat persiapan awal yang lengkap. Persiapan diri dan mental. Menyelesaikan segala urusan duniawi kerana kita bakal masuk ke satu bulan yang mengkehendaki kita menyibukkan diri dengan amalan dan ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Minggu pertama dalam bulan Ramadhan, ibarat minggu orientasi di universiti. Kalau di universiti, kita berdepan dengan minggu orientasi yang memenatkan, yang mengkehendaki kita banyak berjalan dari satu fakulti ke fakulti yang lain, dan berdepan dengan realiti sebenar kehidupan universiti yang tidak lah semudah yang disangka.

homework5[1]

Kisahnya sama dengan bulan Ramadhan ini, minggu pertama akan menjadi sangat berat bagi mereka yang baru belajar berpuasa dan bagi yang sudah sekian lama tidak melatih diri berpuasa sunat. Kerana puasa bukanlah hanya menahan lapar dan dahaga tetapi turut menuntut kita menahan nafsu marah, iri hati dan semua sifat yang dulunya dididik oleh syaitan selama 11 bulan sebelum ini. Letih berpuasa bukanlah alasan untuk bersikap ‘moody’ dan kurang energetik dalam kerjaya.

Pengisiannya pula berorentasikan kerinduan kepada Pencipta yang melimpahkan Rahmat dan MaghfirahNya. Serta pujuk rayu agar dilepaskan daripada Neraka yang meluap-luap bahangya. Ramadhan juga mengajar pencinta akhirat memperkemaskan kualiti ibadat fardhu dan menggandakan amalan sunat serta menghidupkan sunnah mulia Rasulullah s.a.w.

ngs38_0377

Seperti mana universiti sebenar, setiap apa yang diajar tetap akan diuji dalam peperiksaan. Ujian kita kali ini datangnya dari Allah. Allah munguji kesabaran kita dengan perkara yang kita paling marah, Allah menguji keimanan kita dengan perkara yang paling kita sayang, Allah juga menguji kekuatan kita pada perkara yang paling kita lemah, Allah menguji ketaqwaan kita pada perkara yang kita lalai, malah Allah uji kita dalam semua perkara. Disitulah, bukti cinta sejati yang selama ini kita ucapkan dipertaruhkan. Lulus dan gagal dalam ujian Allah, sepatutnya dijadikan tanda aras bagi mereka yang sentiasa mengejar kejayaan segulung taqwa.

love-you

Belajar merungkai dan menginsafi diri atas kebesaran Alllah sekali gus dapat menambah keimanan dalam diri kita. Kesanggupan berjaga malam dan bersengkang mata menyiapkan ‘assignment’ dalam pelbagai cara demi mengumpul ‘mata’ tambahan untuk berjaya di universiti Ramadhan ini. Ada yang mendirikan solat terawih, membaca Al-Quran, mengerjakan solat-solat sunat dan berlumba-lumba melakukan ibadah yang disukai oleh Allah.

pr0056

Jika mahasiswa berlumba-lumba menyiapkan assignment, membuat tutorial, keluar masuk bilik lecturer bertanyakan soalan yang tidak dapat diselesaikan, berusaha mendapatkan markah tertinggi dalam kalangan rakan-rakan mereka, dan sedaya upaya inginkan gelaran dekan. Di bulan inilah kita perlu letakkan azam dan berlumba-lumba melengkapkan ibadah kita,banyakkan zikrullah, berlumba mengejar pahala untuk bekalan kita dan sedaya upaya inginkan gelaran muttaqin ( orang-orang bertaqwa ).

solat malam

Ijazah Taqwa akan dianugerahkan pada Konvokesyen Akhirat nanti oleh Allah sendiri. Beruntunglah bagi mereka yang menerimanya, dan merugilah bagi mereka yang mensia-siakan Ramadhan yang menjadi Universiti kepada anugerah Taqwa. Hanya sebilangan sahaja akan berjaya ditambah pula dengan ‘sijil’ LailatulQadar bagi mereka yang memburunya.

Roh puasa akan membenihkan karakter diri yang mantap dan terpuji. Apatah lagi janji Allah pada mereka yang benar-benar sabar dengan mengerjakan suruhan-suruhanNya, pasti Taqwa menjadi milik mereka.
Harus diingat, Ramadhan bukan menjadi titik tolak untuk meraih Taqwa, amalan Fardhu yang lain turut menjadi syarat-syaratnya. Sebaik mana pun amalan kita di bulan Ramadhan, tetapi di bulan-bulan yang lain, kita masih ditakuk lama, mencari sisa-sisa maksiat, Taqwa hanyalah sebuah mimpi.

cinta_Allah

Namun, universiti Ramadhan jangan diperlekehkan, kerana disitu bisa ditanam pucuk-pucuk taqwa dan iman. Orang yang bertaqwa seolah-olah mereka sedang berjalan di tengah-tengah malam yang padanya penuh onak dan duri. Begitulah bakal-bakal ‘graduan’ taqwa dalam meniti usia dunia fatamorgana ini.

Pemergian Ramadhan, bukanlah untuk ditangisi berterusan. Alangkah beruntung jika tangisan itu menyiram benih-benih iman yang disemai semasa berada di Universiti Al-Mubarak. Usah biarkan segala usaha menanam benih tersebut dipersia-siakan. Jika kita teruskan dengan amalan yang telah kita didik dalam diri kita selama sebulan ini, InsyaAllah, benih iman tadi akan tumbuh segar dalam diri kita sehingga kita bertemu dengan ramadhan yang akan datang dengan penuh pengharapan.


Advertisements

Responses

  1. salam..
    sgt stuju dgn pndgn n analogi saudara..universti=bulan ramadhan
    jika d fikirkan terlalu bnyk persamaan antra kduanya, kt lht dr kontks seorg mhsiswa @ pljr y masuk univrsiti u m’perolh sgulung ijazah, pelbgai usaha d lakukn u cmrlg, snggup bersengkang mata menyiapkn asgmnt, berkorban ap shj u lakukn y terbaik dlm pljrn,tp sjauh mn usaha kt u m’capai ijzah @ anugrh y paling bsr drNya d bln y mulia ini..sgt sdih jk d liht d surau2 swaktu trawih, bilangn ahlinya makin berkurg dr hari ke hari, dgn alasan tidak sempt n x ade ms u bt asgmnt skirnya p’gi b;terawih..alasan y sgt tdk logik n mnyedihkn..teramatlah rugi bg rkn2 y mniglkn trawih n m’persia2kn kdatangn bln mulia ini kerana hadirnya hanya skali dlm sthn..ramadhan akn dtg blum tntu lg kt akn bersamanya..ramadhan kali ini jatuh pd mgu2 genting bg seorg mahasiswa, saat bnyk asgmnt y perlu d hantar, presentaion, discussion, midterm test n sbgainya..smua ini mnuntut pgrbanan dan kebijksanaan kita dalam membahagi ms antra pljrn n amal ibadah kt d buln mulia ini..sm2 kt renungkan n jgn sia2kn ramadhan kali ini berlalu tanpa sbrg pngisian n anjakn paradigma dr ramadhan sblmnya=)skdr peringatan u diri sndri..

  2. gud job..makin baik..truskn lg usaha anda..hehe=)

  3. entry yg sangat bagus :)

    Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi. Jika manusia tahu apa yang
    terkandung daripada keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

    Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan menambah ibadat. Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati
    juadah berbuka dan ”moreh” selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai. semua ini sedikit sebanyak dapat merapatkan ukhuwah sesama muslim..insyaAllah

    Sabda Baginda SAW lagi :
    “Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya,”

  4. “Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani. Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat ketahanan melalui puasa.

    Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain. Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan dalaman yang tersirat dalam diri
    seseorang. Ia berupaya memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.”

    -Dr Mashitah Ibrahim-


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: