Posted by: aKuD@iF | 21 August 2009

Teringat Ramadhan lepas

Saat dikau blah…

setan blah

Dunia kembali ceria kerana tetamu yang dirindui menjengah tiba.

Sahabat Ramadhan, hari-harinya penuh dengan ketenangan dan penjernihan rasa Iman dalam diri.

rambu2puasa

Bulan yang penuh dengan berkat dan rahmat Allah Taala.

Pesta Ibadat buat sang abid.

Ruang Taubat buat pendosa.

Madrasah Pembentukkan Karakter diri.

Dalam menggapai maqam Taqwa disisi Kekasih yang di cintai.

Namun, kesucian Ramadhan sering kali dicemari dengan sikap kurang enak daripada kita sendiri.

Rantai-rantai yang membelenggu syaitan masih tertambat pada hati kita.

Budaya membazir ketika membuka.

makan lagi

Ditambah lagi dengan pakej-pakej juadah berbuka puasa.

Tawaran harga yang istimewa buat kaki membazir dan berselera tinggi.

bufet_ramadhan

Terfikir kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Menanti secebis sisa untuk mengalas perut yang berkeroncong kelaparan.

kelaparan

Kita juga sering megah dengan kekayaan yang sementara.

Mengumpul harta seboleh mungkin.

duit_malaysia

Tanpa menoleh kepada yang memerlukan sedikit simpati.

Menagih ruang empati dalam diri kita.

Ramadhan yang menjanjikan gandaan pahala sedekah.

sedekah

Memberi ruang kepada mereka merasai erti senang dan bahagia.

Mendidik jiwa mengikis rasa skeptikal pada orang lain.

fakirmiskin

Ayuhla, dengan semangat Ramadhan yang ada, kita suburkan untuk kali ini.

Bersikap lebih progresif dan energetik dalam menunaikan tanggungjawab.

Bukan lesu menjadi alasan untuk menidakkan produktiviti.

taz-tired

Juga alasan kurangnya ibadah kerana penat dan mengantuk.

ngantuk d masjid

Yang penting, kurangkanlah tidur.

Banyakkan zikir.

Hanya untuk bulan ini sahaja, atau mungkin berterusan untuk bulan seterusnya.

Insya Allah Istiqamah dalam perubahan kendiri yang sempurna.

seki-still-sleeping

Tingkatkanlah amal ibadat, ikhlaskan diri melawan kehendak.

Solat, tahmid dan zikrullah.

selawat

Mintalah pada yang Maha Penyayang.

Dia Maha Mendengar lagi Maha Adil terhadap terhadap hamba-hambanya.

Berdoalah, moga jodoh kita diketemukan lagi kali ini.

Meniti sinar Ramadhan dalam dambaan kasih Ilahi.

yatim

Semoga kelekaan kita pada Ramadhan lalu tiada berulang.

Ya Allah, terima kasih atas Ramadhan kali ini,

Moga aku bisa diselimuti KasihMu kali ini dan untuk kesekian kalinya.

Terimalah taubat ku atas dosa-dosa silam,

Dulu, kini dan selamanya…….

Advertisements

Responses

  1. hmm..gud entry..
    smoga ramadhan kali ini penuh keberkatan
    lebih baik dari ramadhan sebelumnya
    lebih keberkatan dariNya
    amin…

  2. sama2 lah kita jadikan ramadan kali sebagai lebih bermakna dari ramadan yg lepas..insyaAllah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: