Posted by: aKuD@iF | 30 April 2009

SEleKSi BeRiTa

BERITA YANG PELIK DAN JELIK, USTAZ LAGU NI PUN ADA KA. LAGU MANALAH PENDUDUK KAMPUNG BOLEH DUK DENGAR CERAMAH AGAMA DARI USTAZ YANG SEKOR NI LAGI. NAMPAK GAYANYA ORANG BACHOK KENE HATI-HATI NAK PILIH USTAZ LA NANTI.

BACHOK: Seorang lelaki warga emas bergelar ustaz berusia 60-an ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dan cakera padat video (VCD) lucah di rumahnya di Kampung Beris Kubor Besar, dekat sini, baru-baru ini.

Lelaki berkenaan diberkas ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan ceramah agama di sebuah surau di kampung berkenaan, kira-kira jam 9 malam.

Sebaik ditahan, suspek membawa sepasukan polis ke rumahnya dan hasil pemeriksaan, pihak berkuasa menemui beberapa bungkusan mengandungi dadah.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh, berkata ketika pemeriksaan di rumah lelaki berkenaan, anggotanya menemui puluhan VCD lucah yang disusun rapi dalam bilik tidur selain beberapa bungkusan dadah di beberapa tempat.

Beliau berkata, lelaki terbabit mulanya enggan mengaku menyimpan VCD lucah, namun selepas polis memaklumkan mahu menunjukkan VCD lucah di tempat dia menyampaikan kuliah sekiranya dijumpai, ustaz terbabit membuat pengakuan memiliki bahan terlarang itu.

Selain itu, polis terpaksa memaklumkan akan memanggil wartawan bagi melaporkan penahanannya jika suspek terus berkeras tidak mahu bekerjasama menunjukkan tempat dadah itu disembunyikan.

“Dia dikesan menjadikan periuk nasi di bahagian dapur untuk menyimpan dadah berkenaan bagi mengaburi pihak berkuasa sebelum dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Dadah itu sukar ditemui jika polis tidak diberitahu tempatnya disembunyikan,” katanya.

Beliau berkata, polis yakin ustaz terbabit sudah lama menjalankan kegiatan itu, tetapi statusnya sebagai guru agama membuatkan orang ramai tidak mengetahui kegiatannya.

Ustaz terbabit kini direman di Penjara Pengkalan Chepa.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1959 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan dikenakan sebatan.

Polis masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia berhubung kes itu sebelum suspek didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

HOK NI PLOK KISOH BUDAK-BUDAK KITA YANG HOK JAHANAM. PUNAHLAH MASYARAKAT KITA KLU GINI SOKMO. TAKLEH NAK KATE GANE DOH, NOK SALAHKAN MAK AYAOH PUN TAKLEH GOK, MUNGKIN HAL HOK LAGU NI KENE AMBIK SERIUS SUME. SELURUH KOMUNITI MASYARAKAT KENE TELIBAT.

KUALA LUMPUR: Terangsang dengan aksi panas ditonton melalui rakaman video cakera padat (VCD) lucah, seorang murid perempuan cuba mencabul rakan sekelasnya sendiri dengan meniru aksi dipercayai dilihat dalam VCD berkenaan.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku di sebuah sekolah di Kota Kemuning, Shah Alam apabila murid berusia 11 tahun itu menyelak skirt rakan sekelasnya sebelum bertindak cuba memasukkan tangan ke dalam seluar dalam mangsa menyebabkan mangsa terkejut dan melarikan diri.

“Mangsa yang tergamam dengan kejadian itu tidak memberitahu apa dialami kepada guru atau ibu bapanya sebaliknya terus pergi ke balai polis membuat laporan berhubung kejadian itu, Jumaat lalu.

“Siasatan polis percaya murid berkenaan mungkin pernah menonton VCD lucah dan cuba meniru pelakuan pelakon lucah dalam filem itu.

“Setakat ini, mangsa sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan doktor berhubung kejadian cabul berkenaan. Polis turut sudah mengambil keterangan murid terbabit untuk tujuan siasatan,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul abang kandungnya yang mempunyai masalah mental.

Sumber berkata, mangsa mendakwa tinggal bersama abang dan ibunya saja di rumah selepas berlaku perceraian ibu bapanya.

TAK ABIS-ABIS LAGI MASALAH SOSIAL KAT KEDAH NI. TAK TAHULAH…

ALOR STAR: Tindakan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga menipu keluarganya kononnya dia pergi ke sekolah, akhirnya memakan diri apabila dia dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) di sebuah hotel murah, di sini, pagi kelmarin.

Remaja berusia 15 tahun itu dicekup bersama pasangannya yang berusia 21 tahun di sebuah bilik hotel murah di Jalan Teluk Wanjah, dekat sini, dalam serbuan kira-kira jam 11.45 pagi.

Dia yang sepatutnya belajar di sekolah menengah di Kuala Kedah dikatakan mengikut teman lelakinya yang juga seorang peniaga burger ke hotel berkenaan untuk melepaskan rindu.

Ketika soal siasat, lelaki itu memberi alasan mahu menumpang mandi di bilik hotel itu bersama pasangannya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaik, Sheikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata pihaknya membuat pemeriksaan di hotel murah itu selepas menerima maklumat orang awam yang mendakwa ada pasangan Islam bukan mahram menyewa di situ.

Beliau berkata, lapan anggota penguat kuasa diketuai Mohd Nasir Dali membuat pemeriksaan di hotel murah terbabit dan mendapati kebanyakan pintu di situ tertutup dan berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memperkenalkan diri, pintu bilik itu dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan lanjut menemui seorang remaja perempuan di dalam bilik terbabit.

“Hasil soal siasat mendapati, pasangan itu bukan mahram atau suami isteri dan ditahan mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung sehingga mendatangkan syak.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam serbuan yang sama, penguat kuasa Jaik turut menahan tiga pasangan bukan mahram berusia 20-an hingga 50 tahun yang disyaki berkhalwat di bilik masing-masing, dalam serbuan serentak, petang kelmarin.

Muhammad Suhaimi berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan di beberapa hotel murah di bandar raya ini dan daerah lain dalam usaha untuk membanteras maksiat.

Advertisements

Responses

  1. macam2 berlaku dalam dunia ni


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: