Posted by: aKuD@iF | 1 November 2008

Exam lagi….

Salam…buat sahabat2 perjuangan semua. Tentu minggu ni sibuk sangat2 kan? Ada yang tak sabar2 nak masuk exam. Ada pula yang harap tahun depan jelah exam, kurang sedia lagi. Apa2 pun jangan lupa yang penting bagaimana kita menjaga hubungan kita dengan Pencipta kita. Yang utama sekali ialah solat. Ni masa study malam2 ni, esok subuh camna? Harap takde la subuh gajah, dinasour dan sewaktu dengannya. Jangan asyik tidur je tau…bangun dan kuatkan semangat. Kurang2kanlah masa tidur tu ye?

Kalau boleh, kita solat awal2 waktu ek. Jemaah kat surau atau masjid pun boleh gak. Yang tu lagi bagus. Selain itu, jaga juga hubungan kita dengan makhluk Tuhan disekeliling ni, termasuk lah sahabat2 kita, haiwan, pokok dan semua ciptaan Allah. Moga hati kita tidak lagi tercalit sebarang kekotoran maksiat yang boleh menggelapkan hati.

Tapi, dalam sibuk2 kita nak exam ni, jangan kita buat tak endah pulak dengan hal yang berlaku dalam masyarakat kita ek. Sekali sekala, keluarlah gak ambik angin kat luar ( alang2 release tension ) dengan tengok apa yang berlaku kat sekeliling kita ni. Yang mana kita nampak ada orang yang susah, ringan2kanlah tangan ini nak membantu ek. Hmmmm, insya Allah, kalau kita rajin tolong orang, Allah senang nak tolong kita nanti. Kurang2 pun, mesti ada gak dalam diri kita sedikit keinsafan dan mencantas sedikit2 sifat ego dalam diri tu. Jom sahabat2 kita beramal dan berdakwah dengan enjoy ek! Tapi janganlah sampai lupa nak sambung study plak ye.

Kang tak pasal2 timbul pulak fitnah atas kebaikan yang kita buat tu. Jadi, kita kena pandai2 bahagi masa agar gerak kerja dakwah kita ni seiring dengan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan seorang anak. Pernah tak sahabat2 semua rasa macam dah tepu je kepala ni nak sumbat memacam? Biasalahkan, study last minutes. Tapi tak apalah, yang penting rehat2 tau. Tutup buku sekejap, ambik wuduk, solat sunat 2 rakaat. InsyaAllah, Allah akan melapangkan dada kita dan beri kekuatan kepada kita. Buat selalu, minta selalu kat Allah.. Dia sangat sayang pada hamba2Nya yang begitu mengharapkan RahmatNya.

Hmmm…bestnya bila mengadu nasib kat Allah kan? tenang rasanya. Rasa sayang sangat. Berazam tak nak buat dosa maksiat dah. Berjanji nak buat yang terbaik dalam exam ni sebab nak bantu agama Allah ni. Bukan nak dapat gred tinggi je, tapi nak jadi insan yang dapat membela ummah ini dengan ilmu yang ada. Syoknya kan…? Ya Allah, berilah kami kekuatan dan mudahkanlah urusan kami ini. Sesungguhnya pada Engkaulah kami mengadu dan Engkau Maha Pengasih dan Pengampun.

Teringat pesan Imam Al-Ghazali berkaitan empat hal yang boleh merosakkan agama. Iaitu tidak mengamalkan apa yang tahu, amalkan apa yang tidak tahu, tidak mencari tahu yang semestinya kena tahu, dan benci pada orang yang memberi tahu. Moga pesanan ini dapat sama2 kita renungkan dan sama2 betulkan mana yang silap pada diri kita ni ye?

Akhir kata, moga sahabat2 semua sihat dan dapat menjawab peperiksaan dengan penuh pengharapan pada Allah, tenang dan cukup2 bersedia. Diharapkan agar kejayaan milik kita semua, insya Allah..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: