Posted by: aKuD@iF | 16 September 2008

Kanak-kanak millenium, terdidikkah mereka?

Kanak-kanak ibarat kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya. Itulah ungkapan peribahasa yang sering kita dengar bagi menunjukkan kepentingan asuhan yang perlu diberi oleh ibubapa kepada anak-anak. Adakah ianya sekadar ungkapan bagi menambahkan keindahan bahasa atau telah dipraktikkan dengan sebenar-sebenarnya? Atau ianya sudah tidak relevan digunakan lagi untuk zaman sekarang kerana kebanyakan anak-anak membesar adalah lebih banyak bersama dengan pengasuh dan bukannya dengan ibubapa?

Peringkat kanak-kanak adalah antara peringkat terawal dalam kitar hidup setiap insan sebelum melalui alam remaja. Kanak-kanak ibarat khazanah lautan yang masih belum terusik dengan sebarang pencemaran. Namun, sesuai dengan perubahan zaman sekarang yang dikatakan tiada sempadan ini, kanak-kanak boleh diibaratkan seperti khazanah yang semakin tercemar dengan kekotoran yang disebabkan oleh pencemaran air lautnya. Dan air laut pula akan tercemar apabila bahan yang dibuang ke dalamnya adalah bahan-bahan yang kotor. Khazanah ini akan terus membesar dan keadaannya bergantung pada tahap kekotoran pencemaran yang berlaku ke atas air lautnya. Dan air laut itu saya umpamakan seperti ibubapa dan kekotorannya adalah keinginan hati dan bahan hiburan yang semakin bertambah.

Namun, bayangkanlah sekiranya khazanah berharga ini dijaga dengan rapi dan untuk jangka masa panjang ia akan membesar menjadi sesuatu yang amat mengagum dan menguntungkan. Begitu juga dengan kanak-kanak ini yang merupakan pewaris Negara. Jika pewarisnya seorang yang lengkap pakejnya, pentadbiran dan pembangunannya tidak perlu dirisau lagi.

Berita terbaru yang disiarkan dalam akhbar Metro bertarikh 30 Julai 2008 mengejut dan membuktikan kepada kita bahawa kanak-kanak di zaman sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak yang terdahulu. Menurut laporan berita tersebut, kelakuan tidak senonoh sepasang kanak-kanak yang dikatakan sedang cuba melucutkan pakaian untuk melakukan hubungan seks dan bercumbuan telah dirakam dan rakaman video tersebut sedang aktif diedarkan.

Sebelum itu, kita telah dikejutkan dengan berita tentang pengakuan tiga murid sekolah rendah yang sudah terjebak dengan seks melalui ketagihan mereka menonton video lucah. Akibat daripada pengedaran video tersebut, kebanyakan ibubapa yang semestinya hanya mereka yang menyedari keadaan ini mulai risau akan pengaruhnya. Persoalannya bukan kegiatan pengedaran video tersebut dijalankan, tetapi bagaimana kanak-kanak berumur lapan tahun mampu bertindak sejauh itu.

Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778) yang merupakan salah seorang tokoh dalam pengembangan kanak-kanak menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sepatutnya berkembang mengikut peringkat.

Bagi ahli falsafah terkemuka, John Locke (1632-1704), menyatakan bahawa kanak-kanak juga berkembang melalui pengaruh rangsangan yang diterima daripada persekitaran kerana kanak-kanak merupakan individu yang mudah menerima dan ini bermaksud kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pemerhatian dan mereka akan mencubanya melalui peniruan. Melihat kepada keadaan sekarang, teori kedua-duanya perlu diambil berat dan dipraktikkan dengan cara yang efektif sebagai langkah awal untuk mengatasi permasalahan ini. Kanak-kanak harus dibesarkan dalam persekitaran yang baik dan peranan ini bukan sahaja dimainkan oleh ibubapa namun juga turut terlibat para guru dan rakan-rakan sebaya mereka.

Rangsangan yang mereka terima dari persekitaran menggalakkan perkembangan mental dan emosi mereka sama ada secara baik atau sebaliknya. Pendek kata, tingkah laku yang ingin dibina boleh dibentuk melalui pengawalan peristiwa yang berlaku di sekitar mereka. Tingkah laku yang baik perlu diberi peneguhan manakala yang buruk atau yang tidak diingini perlu diberi teguran dan juga pengukuhan bagi menunjukkan kepada mereka perkara yang benar dan sebaliknya.

Dilihat daripada laporan akhbar yang disiarkan, pada pendapat saya boleh dikatakan bahawa kanak-kanak ini sebenarnya terlalu terdedah dengan persekitaran yang terlalu bebas dari pelbagai aspek seperti aspek pergaulan, aspek bahan hiburan dan juga aspek keinginan yang sentiasa dipenuhi oleh ibubapa. Kesibukan mencari nafkah untuk saraan hidup sementelah dengan kenaikan harga bekalan makanan kebelakangan membuatkan ibubapa terleka tentang keperluan rohani dalam tumbesaran anak-anak yang sedang membesar dan lebih mementingkan keperluan fizikal anak-anak.

Bagi tidak mengusutkan lagi fikiran mereka, kebanyakan ibubapa meletakkan tanggungjawab ini kepada para guru. Menurut kajian, nisbah seorang guru adalah bersamaan dengan 35 orang pelajar pada masa sekarang. Mampukah seorang guru bertindak sebagai ibubapa kepada para pelajarnya? Sudah tentunya mereka tidak akan mampu untuk mengawasi segalanya tentang semua pelajarnya.

Perkara ini menyebabkan anak-anak terus berusaha mencari rakan sebaya dan hiburan bagi mengisi kekosongan jiwa mereka. Kesilapan dalam pemilihan rakan dan hiburan ini terus berlaku apabila mereka menganggap bahawa landasan yang sedang mereka ikuti ini adalah sebuah landasan yang benar sesuai pada tahap ini yang dikatakan mereka mempunyai tahap ego dan sikap egosentrik yang tinggi ( Teori Perkembangan Psikosoaial Erikson ).

Jadi, pada tahap ini orang dewasa yang berada di persekitaran kanak-kanak ini harus mencuba sebaik mungkin dalam mencari ‘pengisian’ yang terbaik dalam membina pegangan dan prinsip yang teguh serta benar dalam diri kanak-kanak ini sejak mereka kecil lagi. Prinsip ini akan berkembang dan disebatikan dalam rutin kehidupan mereka

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: